E-Usahawan & E- Rezeki Mengisi Aktiviti Penduduk Sg Laka Changloon, Kedah
12 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniProgram E-Usahawan dan E-Rezeki telah mengisi aktiviti penduduk pada 11 Disember lalu dan telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para belia kampung berkenaan.
Program ini telah dikendalikan oleh Staf Pusat Internet Daripada Kluster Kubang Pasu, Ianya telah bermula pada jam 9.00 pagi dan Berakhir pada pukul 5.00 petang. Pelbagai pendedahan mengenai e-usahawan telah diterangkan kepada penduduk kampung agar mereka mengaplikasikan ilmu ini bagi memasarkan produk mereka dengan lebih berkesan. Disamping itu juga, selitan program e-rezeki telah membuka mata para belia mengenai peluang pekerjaan yang terdapat di dalam internet. Sekali gus program ini dapat menambah pendapatan dan mengurangkan penggangguran dengan melakukan pekerjaan sampingan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: